Thursday, December 16, 2010

"Beri dia masa, bukan paksaan", kata pakar motivasi

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Mengulas kenyataan diatas, perkara ini sememangnya tidak boleh dipandang enteng malah kita sebagai individu yang memahami Islam harus tegas dalam menjawab pernyataan-pernyataan yang bercanggah dengan hukum dan syariat islam.



Allah S.w.t berfirman dalam Surah Al-Israa ayat ke-32 :

"32. dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Ayat ini menerangkan dengan jelas bahawa Allah S.w.t. melarang sekeras-kerasnya perbuatan zina. Didalam Islam, setiap perkara yang ditegah menjadi dosa besar bagi yang melanggar larangan tersebut.

Walau dengan apa sebab sekalipun, tiada keadaan yang bolem membenarkan perbuatan zina kepada individu mahupun darurat sekalipun. Anda mestilah faham darurat yang dimaksudkan didalam Islam dan situasi darurat tidak berkait dengan perbuatan ma'siat ( cth ; zina, mencuri dsb). Maka tiada ungkapan yang membolehkan zina dengan sebab darurat.

Jalan penyelesaian menurut Islam.

Sesuatu maksiat yang dilakukan perlu dihapuskan melalui taubat kepada Allah S.W.T. dengan sebenar-benar taubat (taubat nasuha). Antara syarat bagi taubat ini diterima ialah :

1. Menyesal di atas perbuatan dosa yang telah lalu.
2. Menyucikan diri daripada dosa iaitu memohon pengampunan daripada Allah S.W.T.
3. Berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

Sensitiviti Umat
Sebagai umat Islam mestilah mengambil tahu perihal semasa yang berlaku disekeliling. Disini terdapat 2 situasi umat Islam.

1. Orang Awam
Hendaklah bertanyakan kepada mereka yang lebih 'alim dan faham dalam masalah agama Islam.

2. Orang 'Alim ( yang memahami & mengetahui )
Menjawab dan memperbetulkan perkara yang menyalahi perspektif Islam dan memberitahu kepada umum.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...