Showing posts with label Info Semasa. Show all posts
Showing posts with label Info Semasa. Show all posts

Friday, January 21, 2011

Gharqad si Pelindung Yahudi


Desert Thorn, Wolfberry, Tomatillo, Cilindrillo. Lycium berlandieri Dunal

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلُهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.

Nama-nama lain bagi pohon ini:
Gharqad (Arab) atau Wolfberry (UK) atau Snowberry (US) atau Boxthorn (Afrika) atau Pokok Ceri (Kamus Melayu) atau Goji Berry (China) atau Mede Berry atau Barbary Matrimony Vine atau Bocksdorn atau Duke of Argyll’s Tea Tree atau Murali (India) atau Red Medlar atau Matrimony Vine atau Tibetan Goji atau Himalayan Goji.

Semua inilah pokok yang sama dalam genus Licium, family Solanaceae, order Solanales dan dalam kingdom Plantae. Pokok ini adalah sebahagian daripada kehidupan Yahudi. Pokok ini banyak di tanam di Israel kerana orang-orang Yahudi Israel lebih senang mencari perlindungan dari ditangkap dan dibunuh oleh Tentera Muslim

Lagi gambar...

Saturday, January 15, 2011

Muslim dan gereja di Iskandariah

Tahun baru digegarkan dengan siri pengeboman diluar gereja Sidi Birsh, Iskandariah, Mesir. Seramai 23 orang terbunuh manakala sebilangan besar cedera parah. Antara Pemimpin Koptik seperti Paus Koptik Shenouda III secara jelas mengelakkan dari menuduh perilakunya dari kalangan umat Islam.

Secara logiknya, penyiasatan masih lagi dijalankan. Dan tiada siapa yang perlu dipersalahkan. Namun tuduhan-tuduhan melibatkan agama tersebar dengan pantas sekali. Ramai yang menyalahkan perbuatan ini melibatkan muslim Mesir sepertimana siri pengeboman keatas Menara Berkembar pada 9/11. Walaubagaimanapun, Pemimpin Koptik tidak mahu memburukkan ketegangan dengan Muslim Mesir yang dikenali sebagai majoriti penduduk sekitar laut dominan.

Thursday, December 16, 2010

"Beri dia masa, bukan paksaan", kata pakar motivasi

KUALA LUMPUR: “Jangan memaksa dia (Suzie) terus berhenti daripada pekerjaannya sebagai pelayan pelanggan (GRO), sebaliknya beri masa untuk dia berubah,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah (gambar) ketika mengulas laporan mengenai seorang GRO yang kini sarat mengandung ingin kembali ke pekerjaan asal sebaik bersalin kerana mendakwa hanya itu pekerjaan mampu dilakukan bagi menyara anaknya itu.

Mengulas kenyataan diatas, perkara ini sememangnya tidak boleh dipandang enteng malah kita sebagai individu yang memahami Islam harus tegas dalam menjawab pernyataan-pernyataan yang bercanggah dengan hukum dan syariat islam.

Thursday, December 9, 2010

Pendatang haram Yahudi rosakkan Masjid Aqsa ditentang penduduk Muslim Jerusalem

Isnin , 06/12/2010 - Penduduk Muslim Palestin bertempur dengan kumpulan ekstremis pendatang haram Yahudi pada Khamis lepas selepas kumpulan pendatang itu merempuh perkarangan Masjid Al-Aqsa di bawah pengawasan anggota polis mereka.

Kira-kira 105 orang pendatang haram Yahudi yang diiringi oleh anggota polis rejim Zionis yang ramai jumlahnya melakukan vandalisma di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pukul 8 pagi. Tindakan ini adalah susulan daripada pengumuman sekumpulan pendatang haram Yahudi pada hari sebelumnya bahawa mereka akan memasuki Masjid Al-Aqsa untuk melalukan upacara keagamaan.

Para pengawal Masjid Al-Aqsa berkata bahawa beberapa orang penduduk Palestin yang tinggal di masjid itu selepas menunaikan Solat Subuh meninggikan suara mereka di hadapan para pendatang haram Yahudi dan bertempur dengan mereka. Pihak polis rejim Zionis kemudiannya campur tangan untuk melindungi keselamatan pendatang haram Yahudi dan menahan 3 orang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

Tuesday, November 30, 2010

Nenek : Saya doakan Obama peluk Islam

beritaislamglobal.blogspot.com (English version here)

RIYADH: Nenek Presiden AS Barack Obama dari Kenya yang masih berada di Mekah selepas menunaikan Haji berkata beliau telah berdoa supaya pemimpin Amerika itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar, kelmarin.

"Saya berdoa agar cucu saya Barack memeluk Islam," kata Haja Sarah Omar, 88, dalam satu temubual bersama akhbar Al-Watan di Jeddah selepas beliau selesai menyempurnakan ibadah Haji.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Haja Omar was berada di Arab Saudi bersama anak lelakinya Saeed Hussein Obama, dan empat orang cucunya sebagai tetamu kepada Raja Abdullah. Haja Omar memberitahu yang beliau hanya boleh membincangkan tentang perkara berkaitan Haji dan tidak akan membuat sebarang ulasan tentang politik Obama.

"Saya berasa amat gembira apabila mengenang kembali tentang guru saya yang sering bercerita tentang Makkah dan Madinah semasa kecil," kata Haja Omar, yang dibesarkan di kampung Koglilu, barat Kenya.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang jangkaanya samada Obama boleh memenangi penggal kedua di White House, Haja tertawa kecil sambil memandang anaknya Saeed Obama dan cucu-cucunya, "Hanya Allah yang mengetahui, kerana ianya tentang masa depan yang tidak diketahui."


Haja juga berdoa agar Raja Abdullah cepat sembuh, dan berkata bahawa raja adalah seorang yang sangat baik hati.
Putera Mamdouh mengadakan majlis makan malam sebagai menyambut kedatangan Haja, anak-anak dan cucu-cucunya ke istana beliau di Jeddah, Rabu lalu.

Faisal Ambuya, salah seorang sepupu Obama, yang memeluk Islam melalui Haja berkata, "Nenek saya suka mengajak orang bukan-Islam kepada Islam dan saya banyak belajar tentang Islam daripadanya."

"Bila pulang ke kampung saya nanti, saya akan memberitahu penduduk kampung tentang kekuatan Islam," katanya.

Bapa saudara Obama, Saeed pula berkata beliau tidak pernah terfikir untuk dapat menunaikan ibadah Haji tahun ini. "Saya berasa amat gembira kerana boleh dapat melakukan ibadah ini. Saya bersyukur kepada Allah dan amat berterimakasih kepada Raja Abdullah kerana menjadikan kami sebagai tetamu Haji ."

Perbelanjaan ibadah Haji mereka dibiayai sepenuhnya oleh A-Fahim (gambar), seorang hartawan hartanah UAI yang juga seorang duta PBB.


Sementara itu, Musa Ismail, salah seorang sepupu Obama, yang bertindak sebagai jurucakap dan penterjemah bagi pihak keluarga Haja, sekarang ini menuntut di Universiti Islam Madinah.

Sunday, November 28, 2010

Pekeliling Keselamatan Sempena Pilihanraya Parlimen Mesir 1

Seluruh mahasiswa/wi Islam di bumi Mesir, esok (28 November 2010/Ahad) akan berlangsungnya Pilihanraya Parlimen Mesir. 2. Dinasihatkan kepada seluruh ahli agar jangan melibatkan diri dengan aktiviti politik Mesir serta tidak melalui atau menghampiri laluan kempen parti atau pos-pos pembuangan undi. 3. Jika ingin keluar anda dinasihatkan supaya dapat bawa bersama pasport dan pengenalan diri. Sebarang permasalahan berkaitan keselamatan terus maklumkan pada Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime (0113771841) Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime Sebarkan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...