Tuesday, December 21, 2010

Doa yang tidak terhijab


Allah telah berfirman:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al Baqarah: 186)

Allah memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab.

Siapakah mereka?


1. Doa ibu-bapa kepada anak-anak.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah, iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang bermusafir doa orang yang dizalimi.” (Riwayat Abu Daud no. 1536, al-Tirmizi no. 3448 dan Ibn Majah no. 3862)

2. Doa anak soleh yang mentaati kedua-dua ibu bapa.
Rasulullah s.a.w. bersabda tentang Uwais bin ‘Amir: “Dia memiliki ibu yang sangat ditaatinya. Jika dia berdoa pasti Allah s.w.t. akan memakbulkan.” (Riwayat Muslim no. 2543 dan Ahmad no. 2025)

3. Doa orang yang teraniaya atau mereka yang berada dalam kesusahan.
Allah berfirman yang bermaksud: “Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Amat sdikit antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu).” (Surah al-Naml 27:62)

Berkenaan doa mustajab orang yang dizalimi pula, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Takutilah kamu doa orang yang dizalimi kerana tiadalah sesuatu penghalang antara doanya itu dengan Allah s.w.t. (Riwayat al-Bukhari no. 1395)

4. Doa seorang sahabat yang mendoakan seorang sahabat dalam keadaan sahabat itu tidak mengetahui bahawa dia didoakan. Ummu Darda’ radhiallahu’anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang, melainkan malaikat berkata kepadanya: ‘Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu.’” (Riwayat Muslim no. 2732)

5. Doa orang yang sedang dalam musafir
Rasulullah bersabda yang bermaksud:”Tiga orang yang doanya pasti terkabullkan, doa orang yang teraniaya, doa seorang musafir dan doa orangtua terhadap anaknya.” HR Abu Daud dan dihasankan oleh Al-Albani

6. Doa orang yang berpuasa hingga berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka iaitu doa seorang yang berpuasa hingga ia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3598 dan Ibn Majah no. 1752)

7. Doa pemimpin yang adil untuk rakyat dibawahnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...