Tuesday, December 21, 2010

Pandangan mata dan hati

Salam buat pembaca sekalian. Moga-moga dirahmati Allah selalu. Apa kalian mengetahui perbezaan antara dua bahagian dalam anggota badan manusia?. Mata dan hati, keduanya mempunyai penglihatan dan pandangan. Akan tetapi, ianya amat berbeza walaupun hampir sama.

Apa perbezaannya?

Mata boleh melihat banyak perkara seperti haiwan, tumbuhan, dan bermacam keindahan flora dan fauna tetapi ketahuilah bahawa ianya amat terhad sekali. Jika manusia hanya dapat melihat dengan mata zahir sahaja maka ia sama seperti seorang buta yang hendak melintas jalan.

Zaman ini amat ramai sekali manusia yang ditipu oleh mata zahir. Tidak tahu hendak membezakan baik dan buruk, antara hak dan batil, dan yang mana satu kaca dan permata. Mereka menjadi buta disebabkan oleh terkunci matinya mata hati.

Hati pula...
Sesiapa yang melihat dengan mata hati maka ia akan dapat membezakan yang mana satu baik dan buruk malah pandangan hati dapat menjadikan seseorang itu celik dalam menilai sesuatu. Akan tetapi adakah semua pandangan mata hati yang dimaksudkan itu benar?

Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya. "Sesungguhnya didalam jasad itu terdapat seketul daging. Jika ia rosak maka binasalah seluruh jasad dan jika ia baik maka selamatlah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati"

Tahukah anda?
Hati mewakili setiap keenam-enam deria dalam badan manusia dan salah satunya adalah deria penglihatan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...