Thursday, December 9, 2010

Pendatang haram Yahudi rosakkan Masjid Aqsa ditentang penduduk Muslim Jerusalem

Isnin , 06/12/2010 - Penduduk Muslim Palestin bertempur dengan kumpulan ekstremis pendatang haram Yahudi pada Khamis lepas selepas kumpulan pendatang itu merempuh perkarangan Masjid Al-Aqsa di bawah pengawasan anggota polis mereka.

Kira-kira 105 orang pendatang haram Yahudi yang diiringi oleh anggota polis rejim Zionis yang ramai jumlahnya melakukan vandalisma di perkarangan Masjid Al-Aqsa pada pukul 8 pagi. Tindakan ini adalah susulan daripada pengumuman sekumpulan pendatang haram Yahudi pada hari sebelumnya bahawa mereka akan memasuki Masjid Al-Aqsa untuk melalukan upacara keagamaan.

Para pengawal Masjid Al-Aqsa berkata bahawa beberapa orang penduduk Palestin yang tinggal di masjid itu selepas menunaikan Solat Subuh meninggikan suara mereka di hadapan para pendatang haram Yahudi dan bertempur dengan mereka. Pihak polis rejim Zionis kemudiannya campur tangan untuk melindungi keselamatan pendatang haram Yahudi dan menahan 3 orang Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...